Oh masih mood New year nampaknya.
Diam tak diam dah sampai penghujung Januari tapi malangnya gaji tak masuk-masuk lagi.
Terlalu banyak perkara yg berlaku pada tahun 2009. Manis, pahit, masam,masin, indah,duka,sedih, gembira.... segala-galanya.
Q1 2009, dimana recession berlaku sejak penghujung tahun 2008. Begelar freelancer, bunyi agak menarik.. takda komitmen.. pegi keje 10am balik 4pm.. fuh nikmat jadual kerja kita tentukan sendiri. Nak income pergi cari, kalo malas goyang kaki hoho. Inilah kerja yg aku ingin2 kan & tercari2 .. memang seronok, income pun ok lah boleh lah cover expenditure & simpan untuk emergency. Tapi aku silap, yaa kesilapan aku cuma satu iaitu tidak mempunyai backup income selama 1 tahun. Sepatutnya aku bina foundation yg kukuh barulah kerja2 piling, tiang, lengkapan mortar dan akhirnye bumbung siap dibina. Tapi aku silap, aku terus buat tiang dgn foundation yg rapuh, kesudahannya paham2 je lah.
Aku betul2 tersepit, 2 bulan takde sales.. hanya bergantung komisen ciput2, income & expenditure betul2 breakeven dan banyak benda lain yg terpaksa aku lepaskan walaupun hakikatnya berat.
Disebalik tu, aku belajar financial management utamakan dgn kaedah menambah asset dan mengurangkan liabiliti. Benda pertama yg aku buat dgn terminate Fitness First membership, ya kawan2 sbb tu aku semakin mengemok skrng (hiks alasan). Aku betul2 tak mampu nak byr RM175 tapi aku counter balik dgn ASB loan worth RM218/month. Aku tak hantar kereta kat cash wash, basuh + vakum sendiri beb, boleh la jimat RM30-40 instead hantar cash wash. Aku pun amek upah basuh kete abg, mak + abah perghh gile gigih. Pastu aku kumpul semua barang2 recycle.. kertas.. botol plastik.. kaca sampai org Alam Flora kat carefour ss15 tu dah kenal muke aku.Tak pasal2 aku rajin kemas rumah asek kumpul barang terpakai je kan. Aku start buat internet marketing dgn extreme. Sales herbalife mmg mencanak2 naik... order pastu terus hantar.. hantar dpn rumah okkk extra service.
Dalam pada tu, aku hantar resume merata-rata tempat, banyak company taknak hire pekerja sbb bisnes pun kurang & dema hold application. Nak kering anak tekak aku dok call sana-sini. Sejak Jan 2009, akhirnya bulan Mac 2009 ada cmpany panggil interbiu & alhamdullah lepas interbiu terus confirm boleh join. Aku request masuk 20 April 2009. Nasib baik bos aku ok, aku curik2 keluar gak nak hantar barang herbalife mase keje hehe.
Kalau nak diikutkan, tahun 2009 mengubah daya pemikiranku 360 darjah. Pemikiran saje ye, bentuk fizikal same je haha.Betullah bak kate pepatah 'belajar dr kesilapan', takde short cut utk dapatkan ape yg kita nak. Tapi pucuk pangkalnya kita kene merancang apa yg kita nak. Rancanglah hidup sebaik2nya, jgn fikir nak duit je tapi biarkah dunia-akhirat seimbang aceih~~
Bulan July, aku start masuk kelas postgrad.. secara mental aku mmg tak bersedia. Aku betul2 ralat dgn dunia br begelar pelajar separuh masa. Aku rase kekok, rasa outdated dan rendah diri berbanding rakan2 sekelas. Pejam celik, dah habis 1 sem.. skrng aku berazam dan taknak toleh kebelakang lagi .. Insyallah ada rezeki aku akan grad Aug 2012
Dan aku akan kembali dgn keje freelance cuma tunggu masa yg sesuai... yaaa aku admit aku tak gemar makan gaji.. aku sakit hati bila tgk director pakai kereta up2 hasil titik peluh orang lain.... aku memberontak .... sabar ... sabar... Insya Allah pd umur 30 aku nak retired & buat ape yg aku nak.
Ya Allah permudahkan perjalanan hambamu ini Amin....
Influencer ni sama je macam kita. Dorang pun ada masalah.
-
Aku pernah tulis post tentang influencer beberapa tahun lepas. Aku tulis
tentang menjadi influencer ni sangat mainkan peranan menyebarkan maklumat.
Baik u...
1 day ago
No comments:
Post a Comment