Saturday, January 30, 2010

Projek Sri Kejora


picture taken from www.whb.com.my

Project : Pangsapuri Seri Kejora
Lokasi : Subang Bestari, Shah Alam
Built up : 786 sqft, 3r + 2b
Tenure : Leasehold 99 years

80% completed, expected Q2-Q32010. 3 blocks 99% sold, 2 blocks hold till completion.

Kenapa Subang Bestari? Sy melihat Subang Bestari sebagai hub baru di Klang Valley memandangkan lokasinya yg sederhana dan 'connectivity' ke bandar-bandar utama. Subang Bestari adalah lokasi ke-5 dlm list sy selepas seksyen 13, Shah Alam (service apt - brunsfield), USJ (flat - angsana), puncak alam (single storey), Bukit Subang (flat) atau Seksyen 24 Shah Alam (flat).

Nampaknya rezeki property pertama sy di Subang Bestari. 1 1/2 tahun yg lalu sy cuba untuk membeli brusfield pada reserve price RM86k manakala market value RM130k.
Harga yg sangat2 bargain!! Namun sy tewas memandangkan competitor yg bnyk dah bajet sy tak banyak.. lagipun ketika itu sy masih takut2 untuk bermain dgn risiko almaklumlah mase tu baru kerja.

Bertarikh 6 Dis 2009, sy kesana bersama abah & abg sulung. Abah mencadangkan abg untuk ambil 1 unit memandangkan mertua abg ddk di Batang Kali, senang untuk abg ulang-alik ke Batang kali mahupun rmh kami di USJ.

Sampai shj disana, sy tgk org mulai membanjiri kawasan dan rata2nya hampir habis dijual. Pada mulanya sy mahu tinggal 1 atau 2 tapi semua LICIN. Akhirnya sy memilih Ground Floor.. memandangkan yg ada cuma tingkat 5 & GF, sy ambil saja GF.

Terus sy booking 1 unit kat sini, abg pun booking juga errr dan abg akan menjadi JIRAN sy haha. Mula2 asalnya nak site visit je, tapi bila tgk unit terjual mcm goreng pisang sy cepat2 buat keputusan drastik.

Balik dr booking baru la sy terhegeh2 buat cashflow. Okeh lampu hijau boleh proceed, worst case 3 thn pertama breakeven sbb Help University belum siap, Pejabat tanah galian pun tgh construction, highway pun tgh buat. Tapi saya bajet bile dah fully completion boleh la appreciate 10%.

Dah selesai, seterusnya loan application pula.

Saya mmg pengguna CIMB yang setia... credit card, overdraf semua dgn cimb.Rate CIMB agak memukau kalbu, contohnya OD cimb -1.65 berbanding MBB +0 dan RHB -1. Sy berhasrat nak proceed home loan dgn CIMB, beria2 lah hantar document.. ok dah selesai.

Selang 2 minggu call CIMB nak follow up, rupenye2 officer yg handle sy dah RESIGN chiesss geramnyeee patutla senyap je, officer tu pun mangkuk tak handover document kat colleague dia. Adegan complaint kepada branch manager pun berlaku hehe.

Sy dah mls nak layan hanky-panky, officer br yg handle kes sy mcm nak taknak je. Terus taknak jadi pecinta CIMB haha.

So, back to MBB... loan approved tapi margin 80% je. Mane makcik nak cekau lg 10%????
Agak melecehkan bila apa yg dirancang tidak jadi seperti ug di inginkan. Sy tukar plan, mungkin sy sewakan basic sahaja memandangkan modal dah ditarik untuk topap loan.

No comments:

Post a Comment