Saturday, May 8, 2010

Ungkapan buat Ibu

Mak,
Kesian mak kene layan emo dibah yg tak tentu pasal.Dibah minta maaf dibah selalu emo tapi mewarisi emo mak jugak kan??? hehe

Mak,
Walaupun mak agak garang + tatkala mak marah adalah benda yg paling scary namun dibah tahu di dalam hati mak takde secebis pun perasaan benci cuma itulah cara mak untuk menasihati.

Mak,
Terima kasih kerana memahami anakmu yg horror ini. Mak faham bila dibah busy + takde kesempatan nak tolong mak buat kerja rumah. Dah grad nanti dibah kawtim ye mak.. tapi lambat lagi laa sbb mcm nak extent je. Kalau mak dah jammed, dibah carikan maid ye mak.

Mak,
Kerana mak lah dibah layan cerite melayu, skrng dah jadi addicted tgk drama TV3 + Slot Samarinda. Mak la satu2 nye geng dibah tgk drama, harus feeling2 nangis2 kan kan kan kan.

Mak,
Sorry dibah selalu pow mak especially time baru keje, mak subsidi monthly expenditure dibah sbb tu jadi boros gileeeeeeee. Bila mak dah cut subsidi barulah dibah belajar berdikari. Tapi mak jangan buat mcmni kat anep + ajis biarkan diorang berdiri dgn kaki sendiri.

Mak,
Seorang kerani kerajaan, tak pandai nak bermewah2 bersyukur dengan apa yang ada. Dibah kagum dengan sikap mak yg low profile & tak pernah meminta-minta, pheww selamat poket abah.

Dibah mewakili abah, abg, anem, anep & ajis nak ucapkan Selamat Hari Ibu, semoga dimurahkan rezeki, panjang umur dan selamat hendaknya.



Hanya kad, fridge magnet & bunga cap Memory Lane sebagai tanda kasih sayang sekeluarga.


SELAMAT HARI IBU

Sunday, April 18, 2010

Busy Bee~



Ralatnya membaca jurnal yg berkati2. Tugasan assignment + presentation due date hanya tinggal 1 minggu lagi, boleh ke sy tempuh semua ni? di tambah pula exam pd 24 april depan!! silibus pun sy tak susun lg, takutnyaaaaaa


Huaghhhhh Saya sungguh stresssssss!!!!!

Thursday, March 11, 2010

Credit Card - Facility or Liability???


Bayangkan dlm aliran kewangan penggunaan credit card semasa menjangkau RM1.2 bil di seluruh negara, wow!! patutnya bonus bank berganda2!!! Bayangkan bank memperoleh pendapatan 1.5% sebulan dr RM1.2 bil hebattt!!!

cc mana yg paling comprehensive? pendapat peribadi, bg sy cc Allience yg paling terbaik. Alience menawarkan pakej 3 in 1 iaitu - great rebate, rates & reward. Lazinya typical cc pengguna hanya diberi pilihan samaada mimilih rebate ATAU reward (point). Tetapi Allience menawarkan kedua2 pakej termasuk rates yg menarik iaitu cuma 9% setahun, manakala bank2 lain menawarkan plus minus 13.5% setahun (tertakluk kpd BNM). Rebate 2% dan reward 2x ganda (bergantung kpd produk & ect).

Tapi sy sendiri tidak mengguna cc Allience, sy maintain dgn cc CIMB kerana mengelak untuk membayar RM50 yg dicas oleh kerajaan. Sy sgt2 kecewa dgn charges RM50 yang dikenakan, ianya tak munasabah bagi kami yg betul2 menggunakan kemudahan cc. Tapi dari sudut lain, mungkin sedikit-sebanyak membantu beribu2 org di luar sana untuk mengawal 'nafsu' berbelanja melalui kaedah ini, entah la sy pun tak pasti.

Berbalik pd topik...

Pada mulanya, sy tertanya2 mcmana bank memperolahi keuntungan dr cc kerana cc diberi secara percuma tanpa annual fees, rebate & point. Katakan lah jika 80% dari pemegang card membayar penuh semasa due date.. mcmana bank mengawal kitaran aliran tunainya?

Jawapannya mudah; bank mengenakan charges kepada kedua-dua pihak yg mengguna dan memberi kemudahan cc.

Contoh; di condo sy, kami dikenakan 1.8% dari jumlah yg diswipe oleh pembayar maintenance fee. Bayangkan sebulan jika transaksi kami melangkau berpuluh ribu.. itu baru 1 tempat bagaimana dgn hypermarket? retail? petrol station? wallaualam sy tak tahu brapa charges yg dikenakan.. katakan charges minimum 0.01% pun bank tetap memperoleh keuntungan.

Yang kedua, pastinya dikenakan terhadap pengguna cc. Lagi banyak baki cc lagi suka encik bank kita. Sy jamin sekurang2nya baki cc setiap pemegang card adalah RM1k darab la sendiri dgn populasi adults Malaysian, fuh berganda2.

Sy sendiri pengguna cc yg tegar kalau boleh makan roti canai pun sy nak gune cc hehe. Apa yg sy suka dgn cc, kita memperolehi kemudahan 20hari interest free dan ianya memudahkan untuk user merancang kewangan masing2. Transaksinya mudah + cashless! walaupun di dompet hanya ada RM10.00 sy tetap confident :)

Bagi pengguna overdraf, cc adalah 'tools wajib' untuk menjimatkan interest daily rest yang dikenakan. Tetapi jgn tinggalkan baki walaupun RM1, settlekan semuanya semasa due date.

Sebelum sy guna OD, sy akan menyelesaikan cc sejurus selepas mendapat statement. Mengapa? kerana anda akan mendapat lebihan rebate pada statement seterusnya. Tapi bila dah ada OD, jam 11.59 malam sebelum due date baru sy transfer ke akaun cc hehe.. lagi lambat lagi bagus lagi bnyk interest dapat dijimatkan.

Guna cc semaksimum yg boleh utk beli barang2 keperluan harian, byr insurans, byr maintenance kete & ect membolehkab anda akan memperoleh point atau rebate.

Untuk mengawal penggunaan cc mudah shj, sebaik shj terima gaji.. transfer 2/3 daripadanya ke akaun lain (kes sy dr HSBC ke CIMB).

Pastikan amount yg digunakan adalah untuk perbelanjaan bulanan shj & dlm lingkungan kapasiti masing2, selepas dpt statement terus transfer dr akaun yg telah direzabkan.

Jangan amalkan pembayaran minimum, ianya akan menjadi habit yg akan memakan diri.

Ada satu case study Cik A yg berjaya sy selesaikan melalui balance transfer insya allah hutangnya selesai hujung thn ini. Namun ape yg sy betul2 kecewa beliau menambah lg hutang cc yg lain & angka hampir menjangkau RM1k. Katanya dr settlekan cc baik pegi shopping. Sudah la hutang lama belum selesai, skrng tambah hutang baru.

Anda bagaimana? tepuk dada tanya selera

Friday, February 19, 2010

Loan Approved!

Alhamdullah loan approved. Cepat jugak RHB process, dlm seminggu ++ dah sign LO. Loan BLR -1.9@38thn bile aku dah bercucu br loan settle heh.

Kenapa sy memilih longest loan tenure? walhal pembayaran interest adalah seganda?

Setiap individu mempunyai tahap kredit,matlamat dan komitmen yang berbeza. Dlm kes ini, lazimnya apartment medium cost lagi2 leasehold ... capital appreciation tidak sebanyak landed houses (lazimnya landed property appreciate 5-10% setahun bergantung kpd jenis rumah dan lokasi). Oleh itu, sy lebih cenderung untuk mendapatkan monthly 'positive cashflow' kerana kenaikan value rumah ini tidak serancak portfolio property2 lain ditambah lg dgn lokasi yang belum 100% membangun.

Contohnya; setiap bulan komitmen saya adalah RM583 iaitu RM463 (loan) + RM120 (maintenance fee). Lain2 perbelanjaan seperti cukai pintu, cukai taksirann, insurance, wear & tear harus diambil kira, oleh itu sewa yang dikenakan mestilah sekurang2nya 20% lebih dari jumlah komitment.

Usah ralat dgn jumlah interest yg dibyr dll, dlm investment kita mesti menggunakan modal SEMINIMUM yang mungkin. Ukur baju badan sendiri, dgn mengambilkira komitmen bulanan adalah elemen yg tersangat penting bagi mengawal risiko.

Katakan untung bersih (income - expenditure) adalah RM50 takpaaa walaupun RM50 duit jugakkkk sape nak bagi??

Soalan kedua, bagaimana hendak menggandakan RM50 sehingga mampu untuk membuat loan settlement dlm tempoh tertentu atau menggadakan investment dlm liquid asset.



Akan bersambung entry seterusnya hehe

Friday, February 5, 2010

Dugaan

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya pukul 11 pagi dah hujan.

Hmmm.

Ada masalah dgn loan, MBB tak boleh disburse loan kat developer. Katanya MBB branch X hanya terima WHB project lebih dr RM200k sahaja. Persoalannya, kenapa tak check dulu? kenapa hanya diberitahu setelah loan approved? adakah officer terlalu rakus mengejar sales tanpa kaji selidik terlebih dahulu? sy mmg bengang yg teramat sgt nasib baik la abah yg cool memujuk dan memberi solutions .

Agak tension sbb due date dah tamat. Untuk kes2 mcmni harus fikir solution dgn cepat + mampat. Langkah2 nye :

1) Call bank untuk hantar surat loan cancel/withdrawal (menunjukkan kita tak salah)
2) Call developer bahagian credit center/admin - cerita lah kisah sedih anda(tangkap person in charge & liaise dgn sorang sahaja)
3) Call bahagian documentation & sales marketing - buat mende sama
4) Lepas cerita2 tulis surat attach dgn surat bank (tulis la based on conversation
betwen blablabla, untuk pastikan pihak developer aware)
5) Mintak no banker dr developer (kasi kaw-team)
6) Submit application baru
7) Beres

Developer rekemen RHB sek 9, special rate BLR-1.9 tapi lock in period 5 thn penalti 2% dari jumlah pinjaman. Begini lah bank.. bila kasi rate cantek die ikat kita lama2. Kalau medium cost biasenye dapat BLR -1.5, cantek sgt la tu. MRTA saya plus minus RM3k, loan agreement masukkan dlm loan.. beze include/exclude loan RM9 je. Contoh tak masuk loan monthly RM454 masuk loan RM463. Loan agreement plus minus dlm RM2600. Boleh sangat lah, dr baya cash baik RM2600 letak ASB lagi 38 thn boleh jadi brape? berbaloi2.

Hopefully kali ni takde masalah insya allah

Saturday, January 30, 2010

Projek Sri Kejora


picture taken from www.whb.com.my

Project : Pangsapuri Seri Kejora
Lokasi : Subang Bestari, Shah Alam
Built up : 786 sqft, 3r + 2b
Tenure : Leasehold 99 years

80% completed, expected Q2-Q32010. 3 blocks 99% sold, 2 blocks hold till completion.

Kenapa Subang Bestari? Sy melihat Subang Bestari sebagai hub baru di Klang Valley memandangkan lokasinya yg sederhana dan 'connectivity' ke bandar-bandar utama. Subang Bestari adalah lokasi ke-5 dlm list sy selepas seksyen 13, Shah Alam (service apt - brunsfield), USJ (flat - angsana), puncak alam (single storey), Bukit Subang (flat) atau Seksyen 24 Shah Alam (flat).

Nampaknya rezeki property pertama sy di Subang Bestari. 1 1/2 tahun yg lalu sy cuba untuk membeli brusfield pada reserve price RM86k manakala market value RM130k.
Harga yg sangat2 bargain!! Namun sy tewas memandangkan competitor yg bnyk dah bajet sy tak banyak.. lagipun ketika itu sy masih takut2 untuk bermain dgn risiko almaklumlah mase tu baru kerja.

Bertarikh 6 Dis 2009, sy kesana bersama abah & abg sulung. Abah mencadangkan abg untuk ambil 1 unit memandangkan mertua abg ddk di Batang Kali, senang untuk abg ulang-alik ke Batang kali mahupun rmh kami di USJ.

Sampai shj disana, sy tgk org mulai membanjiri kawasan dan rata2nya hampir habis dijual. Pada mulanya sy mahu tinggal 1 atau 2 tapi semua LICIN. Akhirnya sy memilih Ground Floor.. memandangkan yg ada cuma tingkat 5 & GF, sy ambil saja GF.

Terus sy booking 1 unit kat sini, abg pun booking juga errr dan abg akan menjadi JIRAN sy haha. Mula2 asalnya nak site visit je, tapi bila tgk unit terjual mcm goreng pisang sy cepat2 buat keputusan drastik.

Balik dr booking baru la sy terhegeh2 buat cashflow. Okeh lampu hijau boleh proceed, worst case 3 thn pertama breakeven sbb Help University belum siap, Pejabat tanah galian pun tgh construction, highway pun tgh buat. Tapi saya bajet bile dah fully completion boleh la appreciate 10%.

Dah selesai, seterusnya loan application pula.

Saya mmg pengguna CIMB yang setia... credit card, overdraf semua dgn cimb.Rate CIMB agak memukau kalbu, contohnya OD cimb -1.65 berbanding MBB +0 dan RHB -1. Sy berhasrat nak proceed home loan dgn CIMB, beria2 lah hantar document.. ok dah selesai.

Selang 2 minggu call CIMB nak follow up, rupenye2 officer yg handle sy dah RESIGN chiesss geramnyeee patutla senyap je, officer tu pun mangkuk tak handover document kat colleague dia. Adegan complaint kepada branch manager pun berlaku hehe.

Sy dah mls nak layan hanky-panky, officer br yg handle kes sy mcm nak taknak je. Terus taknak jadi pecinta CIMB haha.

So, back to MBB... loan approved tapi margin 80% je. Mane makcik nak cekau lg 10%????
Agak melecehkan bila apa yg dirancang tidak jadi seperti ug di inginkan. Sy tukar plan, mungkin sy sewakan basic sahaja memandangkan modal dah ditarik untuk topap loan.

Thursday, January 28, 2010

Apa yang saya belajar pada tahun 2009

Oh masih mood New year nampaknya.

Diam tak diam dah sampai penghujung Januari tapi malangnya gaji tak masuk-masuk lagi.

Terlalu banyak perkara yg berlaku pada tahun 2009. Manis, pahit, masam,masin, indah,duka,sedih, gembira.... segala-galanya.

Q1 2009, dimana recession berlaku sejak penghujung tahun 2008. Begelar freelancer, bunyi agak menarik.. takda komitmen.. pegi keje 10am balik 4pm.. fuh nikmat jadual kerja kita tentukan sendiri. Nak income pergi cari, kalo malas goyang kaki hoho. Inilah kerja yg aku ingin2 kan & tercari2 .. memang seronok, income pun ok lah boleh lah cover expenditure & simpan untuk emergency. Tapi aku silap, yaa kesilapan aku cuma satu iaitu tidak mempunyai backup income selama 1 tahun. Sepatutnya aku bina foundation yg kukuh barulah kerja2 piling, tiang, lengkapan mortar dan akhirnye bumbung siap dibina. Tapi aku silap, aku terus buat tiang dgn foundation yg rapuh, kesudahannya paham2 je lah.

Aku betul2 tersepit, 2 bulan takde sales.. hanya bergantung komisen ciput2, income & expenditure betul2 breakeven dan banyak benda lain yg terpaksa aku lepaskan walaupun hakikatnya berat.

Disebalik tu, aku belajar financial management utamakan dgn kaedah menambah asset dan mengurangkan liabiliti. Benda pertama yg aku buat dgn terminate Fitness First membership, ya kawan2 sbb tu aku semakin mengemok skrng (hiks alasan). Aku betul2 tak mampu nak byr RM175 tapi aku counter balik dgn ASB loan worth RM218/month. Aku tak hantar kereta kat cash wash, basuh + vakum sendiri beb, boleh la jimat RM30-40 instead hantar cash wash. Aku pun amek upah basuh kete abg, mak + abah perghh gile gigih. Pastu aku kumpul semua barang2 recycle.. kertas.. botol plastik.. kaca sampai org Alam Flora kat carefour ss15 tu dah kenal muke aku.Tak pasal2 aku rajin kemas rumah asek kumpul barang terpakai je kan. Aku start buat internet marketing dgn extreme. Sales herbalife mmg mencanak2 naik... order pastu terus hantar.. hantar dpn rumah okkk extra service.

Dalam pada tu, aku hantar resume merata-rata tempat, banyak company taknak hire pekerja sbb bisnes pun kurang & dema hold application. Nak kering anak tekak aku dok call sana-sini. Sejak Jan 2009, akhirnya bulan Mac 2009 ada cmpany panggil interbiu & alhamdullah lepas interbiu terus confirm boleh join. Aku request masuk 20 April 2009. Nasib baik bos aku ok, aku curik2 keluar gak nak hantar barang herbalife mase keje hehe.

Kalau nak diikutkan, tahun 2009 mengubah daya pemikiranku 360 darjah. Pemikiran saje ye, bentuk fizikal same je haha.Betullah bak kate pepatah 'belajar dr kesilapan', takde short cut utk dapatkan ape yg kita nak. Tapi pucuk pangkalnya kita kene merancang apa yg kita nak. Rancanglah hidup sebaik2nya, jgn fikir nak duit je tapi biarkah dunia-akhirat seimbang aceih~~

Bulan July, aku start masuk kelas postgrad.. secara mental aku mmg tak bersedia. Aku betul2 ralat dgn dunia br begelar pelajar separuh masa. Aku rase kekok, rasa outdated dan rendah diri berbanding rakan2 sekelas. Pejam celik, dah habis 1 sem.. skrng aku berazam dan taknak toleh kebelakang lagi .. Insyallah ada rezeki aku akan grad Aug 2012

Dan aku akan kembali dgn keje freelance cuma tunggu masa yg sesuai... yaaa aku admit aku tak gemar makan gaji.. aku sakit hati bila tgk director pakai kereta up2 hasil titik peluh orang lain.... aku memberontak .... sabar ... sabar... Insya Allah pd umur 30 aku nak retired & buat ape yg aku nak.

Ya Allah permudahkan perjalanan hambamu ini Amin....