Thursday, March 11, 2010

Credit Card - Facility or Liability???


Bayangkan dlm aliran kewangan penggunaan credit card semasa menjangkau RM1.2 bil di seluruh negara, wow!! patutnya bonus bank berganda2!!! Bayangkan bank memperoleh pendapatan 1.5% sebulan dr RM1.2 bil hebattt!!!

cc mana yg paling comprehensive? pendapat peribadi, bg sy cc Allience yg paling terbaik. Alience menawarkan pakej 3 in 1 iaitu - great rebate, rates & reward. Lazinya typical cc pengguna hanya diberi pilihan samaada mimilih rebate ATAU reward (point). Tetapi Allience menawarkan kedua2 pakej termasuk rates yg menarik iaitu cuma 9% setahun, manakala bank2 lain menawarkan plus minus 13.5% setahun (tertakluk kpd BNM). Rebate 2% dan reward 2x ganda (bergantung kpd produk & ect).

Tapi sy sendiri tidak mengguna cc Allience, sy maintain dgn cc CIMB kerana mengelak untuk membayar RM50 yg dicas oleh kerajaan. Sy sgt2 kecewa dgn charges RM50 yang dikenakan, ianya tak munasabah bagi kami yg betul2 menggunakan kemudahan cc. Tapi dari sudut lain, mungkin sedikit-sebanyak membantu beribu2 org di luar sana untuk mengawal 'nafsu' berbelanja melalui kaedah ini, entah la sy pun tak pasti.

Berbalik pd topik...

Pada mulanya, sy tertanya2 mcmana bank memperolahi keuntungan dr cc kerana cc diberi secara percuma tanpa annual fees, rebate & point. Katakan lah jika 80% dari pemegang card membayar penuh semasa due date.. mcmana bank mengawal kitaran aliran tunainya?

Jawapannya mudah; bank mengenakan charges kepada kedua-dua pihak yg mengguna dan memberi kemudahan cc.

Contoh; di condo sy, kami dikenakan 1.8% dari jumlah yg diswipe oleh pembayar maintenance fee. Bayangkan sebulan jika transaksi kami melangkau berpuluh ribu.. itu baru 1 tempat bagaimana dgn hypermarket? retail? petrol station? wallaualam sy tak tahu brapa charges yg dikenakan.. katakan charges minimum 0.01% pun bank tetap memperoleh keuntungan.

Yang kedua, pastinya dikenakan terhadap pengguna cc. Lagi banyak baki cc lagi suka encik bank kita. Sy jamin sekurang2nya baki cc setiap pemegang card adalah RM1k darab la sendiri dgn populasi adults Malaysian, fuh berganda2.

Sy sendiri pengguna cc yg tegar kalau boleh makan roti canai pun sy nak gune cc hehe. Apa yg sy suka dgn cc, kita memperolehi kemudahan 20hari interest free dan ianya memudahkan untuk user merancang kewangan masing2. Transaksinya mudah + cashless! walaupun di dompet hanya ada RM10.00 sy tetap confident :)

Bagi pengguna overdraf, cc adalah 'tools wajib' untuk menjimatkan interest daily rest yang dikenakan. Tetapi jgn tinggalkan baki walaupun RM1, settlekan semuanya semasa due date.

Sebelum sy guna OD, sy akan menyelesaikan cc sejurus selepas mendapat statement. Mengapa? kerana anda akan mendapat lebihan rebate pada statement seterusnya. Tapi bila dah ada OD, jam 11.59 malam sebelum due date baru sy transfer ke akaun cc hehe.. lagi lambat lagi bagus lagi bnyk interest dapat dijimatkan.

Guna cc semaksimum yg boleh utk beli barang2 keperluan harian, byr insurans, byr maintenance kete & ect membolehkab anda akan memperoleh point atau rebate.

Untuk mengawal penggunaan cc mudah shj, sebaik shj terima gaji.. transfer 2/3 daripadanya ke akaun lain (kes sy dr HSBC ke CIMB).

Pastikan amount yg digunakan adalah untuk perbelanjaan bulanan shj & dlm lingkungan kapasiti masing2, selepas dpt statement terus transfer dr akaun yg telah direzabkan.

Jangan amalkan pembayaran minimum, ianya akan menjadi habit yg akan memakan diri.

Ada satu case study Cik A yg berjaya sy selesaikan melalui balance transfer insya allah hutangnya selesai hujung thn ini. Namun ape yg sy betul2 kecewa beliau menambah lg hutang cc yg lain & angka hampir menjangkau RM1k. Katanya dr settlekan cc baik pegi shopping. Sudah la hutang lama belum selesai, skrng tambah hutang baru.

Anda bagaimana? tepuk dada tanya selera

No comments:

Post a Comment